Tentang Cassa Detik

RUANG ACARA YANG SUBUR MENGHIJAU DI TENGAH BANDAR KUALA LUMPUR

Cassa Detik memenuhi keperluan penduduk Bandar yang mahu menganjurkan acara di dalam persekitaran kawasan lapang yg subur menghijau tanpa perlu meninggalkan hiruk-pikuk bandar. Kerana lokasi tersebut yang hanya 5 minit dari kawasan yang dikenali sebagai Segi Tiga Emas, latar belakang di perkarangan memberikan pemandangan yang menakjubkan dari di Royal Selangor Golf Course, langit Kuala Lumpur City Centre (KLCC) dan Menara KL. Bagi tetamu yang tidak berkesempatan untuk melawat Penang’s 3D Street Art, anda dapat menikmati lakaran mural 3D yang eksklusif di Cassa Detik! Lakaran ini pasti meninggalkan kenangan manis buat tetamu Cassa Detik.

Cassa Detik mampu menawarkan ruang acara yang pelbagai bergantung kepada imaginasi penganjur acara. Daripada acara latihan korporat dan seminar yang melibatkan sedikit jumlah orang, acara sosial seperti parti persendirian dan acara tahunan keluarga sehingga ke acara besar seperti pelancaran, perkahwinan atau acara muzik. Ruang acara dibahagikan kepada ruang-ruang kecil bergantung kepada kapasiti dan kesesuaian acara tertentu. Seminar korporat menawarkan harga perpatutan untuk penganjur lengkap dengan kit seminar dan refreshment. Majlis perkahwinan merupakan majlis istimewa dimana para tetamu boleh berkumpul dan menikmati suasana acara tradisi perkahwinan. Pakej perkahwinan kami termasuk bermalam 1 malam sebelum hari acara. Ianya memudahkan dan saudara mara tidak perlu memikirkan untuk mencari tempat penginapan yang lain. Mereka boleh meluangkan masa bersama sebelum majlis berlangsung di tempat penginapan kami yang dilengkapi dengan penghawa dingin sepenuhnya. Suasana meriah majlis perkahwinan tradisi juga dapat dirasai. Pakej perkahwinan yang ditawarkan di Cassa Detik adalah harga promosi yang kompetitif. Pada bulan Ramadhan, Cassa Detik berbesar hati menganjurkan Jamuan Berbuka Puasa Bufet setiap tahun. Dengan keluasan taman 20,000 kaki persegi, serta tempat parker kenderaan percuma dan mencukupi, kami menawarkan tema berbuka puasa ala kampung dan pastinya Cassa Detik akan memberi ‘Kenangan Yang Tidak Dapat Dilupakan’ buat para tetamu.

Events – Space – Dwelling

Call us or Whatsapp for consultation:

012 360 5416

011 1161 3656

 
Loading...